Selasa, 8 September 2009

Empat Jenis Manusia Dalam Dunia

1. Mereka yang tidak ada lidah dan tidak ada hati.
Mereka ini ialah orang-orang yang bertaraf biasa, berotak tumpul dan berjiwa kerdil yang tidak mengenang Allah dan tidak ada kebaikan pada mereka. Mereka ini
ibarat melukut yang ringan, kecuali mereka dilimpahi dengan kasih sayang
Allah dan membimbing hati mereka supaya beriman serta menggerakkan
angota-anggota mereka supaya patuh kepada Allah.
Berhati-hatilah supaya kamu jangan termasuk dalam golongan mereka.
Janganlah kamu layan mereka dan janganlah kamu bergaul dengan mereka.
Merekalah orang-orang yang dimurkai Allah dan penghuni neraka. Kita minta
dilindungi Allah dari pengaruh mereka. Sebaliknya kamu hendaklah cuba
menjadikan diri kamu sebagai orang yang dilengkapi dengan Ilmu Ketuhanan,
Guru kepada yang baik,Pembimbing kepada agama Allah,Penyampai dan pengajak kepada manusia kepada jalan Allah.Berjaga-jagalah jika kamu hendak mempengaruhi mereka supaya mereka patuh kepada Allah dan beri amaran kepada mereka terhadap apa-apa yang memusuhi Allah. Jika kamu berjuang di jalan Allah untuk mengajak mereka menuju Allah, maka kamu akan jadi pejuang dan pahlawan di jalan Allah dan akan diberi ganjaran seperti yang diberi kepada Nabi-nabi dan Rasul.
Nabi Muhammad SAW pernah bersabda kepada Sayyidina Ali;
"Jika Allah membimbing seseorang melalui bimbingan kamu kepadaNya, maka itu
terlebih baik kepada kamu dari apa-apa sahaja di mana matahari terbit".
2. Mereka yang ada lidah tetapi tidak ada hati.
Mereka bijak bercakap tetapi tidak melakukan seperti yang dicakapkannya.
Mereka mengajak manusia menuju Allah tetepi mereka sendiri lari dari
Allah.Mereka benci kepada maksiat yang dilakukan oleh orang lain, tetapi
mereka sendiri bergelumbang dalam maksiat itu.Mereka menunjuk kepada orang lain yang mereka itu Soleh tetapi mereka sendiri melakukan dosa-dosa yang besar.
Bila mereka bersendirian, mereka bertindak selaku harimau yang berpakaian.
Inilah orang yang dikatakan kepada Nabi SAW. dengan sabda;
"Yang paling aku takuti dan aku pun takut di kalangan umatku ialah orang alim yang jahat".
Kita berlindung dengan Allah daripada orang alim seperti itu. Oleh itu,larilah dan jauhkan diri kamu dari orang-orang seperti itu. Jika tidak,kamu akan terpengaruh oleh kata-kata manis yang bijak berbicara itu dan api dosanya itu akan membakari kamu dan kekotoran hatinya akan membunuh kamu.
3. Mereka yang mempunyai hati tetapi tidak ada lidah.
Dia adalah seorang yang beriman.Allah telah mendindingkan mereka daripada makhluk dan menggantungkan di keliling mereka dengan tabirNya dan
memberi mereka kesedaran tentang cacat cedera diri mereka. Allah menyinari hati mereka dan menyedarkan mereka tentang kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri urusan orang ramai dan kejahatan yang timbul oleh kerana mencampuri orang ramai dan kejahatan kerana bercakap banyak.
Mereka ini tahu bahawa keselamatan itu terletak dalam "DIAM" dan bekhalwat.
Nabi SAW. pernah bersabda;
"Barangsiapa yang diam akan mencapai keselamatan".
Sabda baginda lagi;
"Sesungguhnya berkhidmat kepada Allah itu terdiri dari sepuluh bahagian,
sembilan darinya terletak dalam diam".
Oleh itu mereka dalam golongan jenis ini adalah Wali Allah dalam rahsiaNya,
dilindungi dan diberi keselamatan, bijaksana, rakan Allah dan diberkati
dengan keredhoan dan segala yang baik akan diberikan kepada mereka.
Oleh itu, kamu hendaklah berkawan dengan mereka dan bergaul dengan
orang-orang ini dan diberi pertolongan kepada mereka. Jika kamu berbuat
demikian, kamu akan dikasihi Allah dan kamu akan dipilih dan dimasukkan
dalam golongan mereka yang menjadi Wali Allah dan hamba-hambanya yang
Soleh.

4.Mereka yang diajak ke dunia tidak nampak(Alam Ghaib), diberi pakaian kemuliaan seperti dalam sabda Nabi SAW;
'Barangsiapa yang belajar dan mengamalkan pelajarannya dan mengajarkan
orang yang lain, maka akan diajak ke dunia ghaib dan permuliakan".
Orang dalam golongan ini mempunyai ilmu-ilmu Ketuhanan dan tanda-tanda
Allah. Hati mereka menjadi gedung ilmu Allah yang amat berharga dan orang
itu akan diberi Allah rahsia-rahsia yang tidak diberi kepada orang lain.
Allah telah memilih mereka dan membawa mereka hampir hampir kepadaNya.
Allah akan membimbing mereka dan membawa mereka ke sisiNya. Hati mereka
akan dilapangkan untuk menerima rahsia-rahsia ini dan ilmu-ilmu yang tinggi. Allah jadikan mereka itu pelaku dan lakuanNya dan pengajak manusia kepada jalan Allah dan melarang membuat dosa dan maksiat. Jadilah mereka itu "Orang-orang Allah". Mereka mendapat bimbingan yang benar dan yang mengesahkan kebenaran orang lain.
Mereka ibarat timbalan Nabi-nabi dan Rasul-rasul Allah. Mereka sentoasa
mendapat taufiq dan hidayah dari Allah Yang Maha Agung. Orang yang dalam
golongan ini adalah pada peringkat terakhir atau puncak kemanusian dan
tidak ada Maqam di atas ini kecuali Kenabian.
Oleh itu hati-hatilah kamu supaya jangan memusuhi dan membantah orang-orang
seperti ini dan dengarlah cakap atau nasihat mereka. Oleh itu, keselamatan
terletak dalam apa yang dicakapkan oleh mereka dan dalam berdamping dengan
mereka, kecuali mereka yang Allah beri kuasa dan pertolongan terhadap hak
dan keampunanNya.
Sheikh Abdul Qadir Al-Jailan telah bahagikan manusia itu kepada empat golongan. Sekarang terpulanglah kepada diri kita untuk memeriksa diri sendiri jika kita mempunyai fikiran. Dan selamatkanlah diri kita jika ingin keselamatan. Mudah-mudahan Allah membimbing kita menuju kepada apa yang dikasihiNya dan diredhaiNya, dalam dunia ini dan di akhirat kelak.
Dipetik dari Kitab Futuuhul Ghaib oleh Sheikh Abdul Qadir Al-Jailani.

Takwa Dan Martabat Manusia

AL QURAN menjelaskan bahawa manusia adalah makhluk yang istimewa dan mulia di sisi Allah.

Ini berdasarkan firman Allah yang bermaksud: Sesungguhnya Kami ciptakan manusia itu dengan sebaik-baik kejadian. (Surah at-Tin, ayat 4)

Walaupun malaikat dianggap makhluk paling taat kepada Allah, al-Quran dengan jelas menerangkan kedudukan istimewa manusia berbanding malaikat.

Ini sebagaimana diterangkan dalam firman Allah, mafhumnya: Dan ingatlah ketika Kami berfirman kepada malaikat: Tunduklah (beri hormat) kepada Nabi Adam. Lalu mereka sekeliannya tunduk memberi hormat melainkan iblis; ia enggan dan takbur, dan menjadilah ia daripada golongan kafir. (Surah al-Baqarah, ayat 34)

Dalam ayat di atas, Allah memerintahkan supaya malaikat sujud kepada Nabi Adam, iaitu sebagai isyarat jelas bahawa manusia adalah makhluk yang lebih mulia daripada malaikat.

Justeru, sebagai makhluk paling mulia di sisi Tuhan, manusia dipilih dan dilantik Allah sebagai khalifah di atas muka bumi biarpun pada awalnya pelantikan itu menimbulkan pertanyaan dari kalangan malaikat.

Pertanyaan itu disambut Allah dengan memberi jawapan ringkas tetapi penuh makna, menyebabkan malaikat terus akur, sesuai dengan sifat taat yang mereka miliki. Kisah ini dirakamkan dalam al-Quran.

“Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada malaikat: Sesungguhnya Aku hendak menjadikan khalifah di bumi. Mereka (malaikat) bertanya: Adakah Engkau (Ya Tuhan kami) hendak menjadikan di bumi itu orang yang akan membuat bencana dan menumpahkan darah (berbunuh-bunuhan) padahal kami sentiasa bertasbih dengan memuji-Mu dan mensucikan-Mu?”



Allah berfirman: Sesungguhnya Aku mengetahui akan apa yang kamu tidak mengetahuinya. (Surah al-Baqarah, ayat 30)

Jika kedudukan manusia lebih mulia daripada malaikat, apatah lagi kalau hendak dibandingkan dengan binatang, sebagaimana umum mengetahui bahawa binatang tidak mempunyai akal dan itulah perkara pokok yang membezakan kedua-duanya.

Sebenarnya akal fikiran yang dianugerahkan Allah kepada manusia adalah amanah yang bakal dipertanggungjawabkan di akhirat kelak.

Ini dijelaskan dalam firman-Nya bermaksud: Sesungguhnya pendengaran dan penglihatan serta hati, semua anggota itu tetap akan diminta tanggungjawabnya. (Surah al-Israk, ayat 36)

Paling asas, manusia yang amanah terhadap akalnya akan sentiasa berfikir, memerhati, mengkaji dan memuji kebesaran Allah, Tuhan yang mencipta alam semesta. Golongan ini mendapat kemuliaan dan sanjungan tinggi di sisi Allah.

Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya pada kejadian langit dan bumi dan pada pertukaran malam dan siang, ada tanda bagi orang berakal. Iaitu orang yang menyebut dan mengingati Allah ketika mereka berdiri dan duduk dan berbaring dan mereka pula memikirkan mengenai kejadian langit dan bumi sambil berkata: Wahai Tuhan kami! Tidaklah Engkau menjadikan benda ini dengan sia-sia. Maha suci Engkau, maka peliharalah kami dari azab api neraka.” (Surah Ali Imran, ayat 190-191)

Rasulullah bersabda, maksudnya: “Sesungguhnya yang berakal itu ialah orang beriman kepada Allah, membenarkan Rasul Allah dan berbuat amalan taat kepada Allah.” (Hadis riwayat Ibnul Mahbar)

Manusia yang tidak amanah terhadap akal, malah menjalani kehidupan hanya mengikut telunjuk nafsu semata-mata, kedudukan mereka sama seperti binatang, bahkan lebih dahsyat daripada itu.

Firman Allah bermaksud: Dan sesungguhnya Kami jadikan untuk neraka jahanam banyak daripada jin dan manusia, yang mempunyai hati tetapi tidak mahu memahami ayat Allah, dan yang mempunyai mata tetapi tidak mahu melihat bukti keesaan Allah dan yang mempunyai telinga tetapi tidak mahu mendengar ajaran dan nasihat, mereka itu seperti binatang ternak, bahkan mereka lebih sesat lagi, mereka itulah orang yang lalai. (Surah al-A’raf, ayat 179)

Meskipun manusia makhluk paling mulia di sisi Allah, namun nilai kemuliaan seseorang insan itu diukur oleh Allah melalui sejauh mana seseorang itu bertakwa kepada-Nya.


Firman Allah bermaksud: Sesungguhnya orang yang paling mulia di antara kamu di sisi Allah ialah orang yang paling bertakwa. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mengenal.” (Surah al-Hujurat, ayat 13)

Takwa ertinya takut kepada Allah, iaitu mengelakkan diri daripada kemurkaan Allah dengan cara mematuhi segala perintah dan meninggalkan segala larangan lahir dan batin.

Kepentingan takwa selalu diingatkan oleh khatib ketika khutbah Jumaat dengan memetik ayat al-Quran bermaksud: “... Bertakwalah kamu kepada Allah dengan sebenar-benar takwa, dan jangan sekali-kali kamu mati melainkan dalam keadaan Islam.” (Surah Ali Imran, ayat 102)

Orang bertakwa ialah mereka yang beriman kepada Allah, patuh kepada perintah-Nya, melakukan segala amal soleh, meninggalkan segala apa yang ditegah dan dilarang, bersedia berkorban kerana Allah, mengamalkan hubungan baik sesama manusia dan makhluk Allah yang lainnya, seterusnya melaksanakan tanggungjawab sebagai khalifah Allah di atas muka bumi ini.

Dalam mukadimah surah al-Baqarah, Allah menerangkan ciri-ciri umum golongan bertakwa iaitu, “Alif, Lam, Mim. Inilah kitab al-Quran yang tidak ada sebarang keraguan mengenainya, yang menjadi petunjuk kepada orang bertakwa. Iaitu orang beriman kepada perkara ghaib dan mendirikan solat, serta membelanjakan sebahagian daripada rezeki yang Kami kurniakan kepada mereka.

“Dan juga orang beriman kepada kitab al-Quran yang diturunkan kepadamu (wahai Muhammad) dan kitab yang diturunkan terdahulu daripadamu, serta mereka yakin akan adanya hari akhirat. Mereka itulah yang tetap mendapat petunjuk daripada Tuhan mereka, dan merekalah orang berjaya.” (Surah al-Baqarah, ayat 1-5)

Mukmin yang bertakwa bukan saja dicintai Allah, malah akan dipelihara daripada segala macam bencana dan bahaya serta dijamin rezekinya daripada yang halal.

Firman Allah bermaksud: Barang siapa bertakwa kepada Allah, nescaya Allah akan melorongkan baginya jalan keluar (daripada segala rupa kesulitan). Dan Dia akan memberinya rezeki tanpa dapat dikira.” (Surah at-Talaq, ayat 2-3)

Dan kemuncak kejayaan bagi golongan bertakwa ialah mereka dijanjikan syurga yang penuh kenikmatan oleh Allah. Inilah matlamat terakhir yang diidam-idamkan oleh makhluk bergelar manusia.

Firman Allah bermaksud: “(Syurga) itu disediakan untuk orang bertakwa.” (Surah Ali Imran, ayat 133)



Sebaliknya, bagi golongan yang mengingkari perintah Allah atau lebih tepat tidak mahu beriman dan bertakwa kepada Allah, maka mereka dianggap tidak bernilai di sisi-Nya.

Kemuliaan yang ada pada dirinya sebagai manusia terhapus.

Kedudukan mereka tidak perlu dihuraikan kerana Allah menjelaskannya dalam firman-Nya bermaksud: Kemudian Kami kembalikan dia ke taraf makhluk yang paling rendah.” (Surah at-Tin, ayat 5)




Karektor Manusia: Kajian 25 tahun Dr Fazilah Kamsah

JANUARI
Bercita-cita tinggi dan orangnya serius Suka mendidik dan dididik Sangat
mudah melihat kelemahan orang dan suka mengkritik Rajin dan setiap yang
dibuat nampak keuntungan Suka smart, kemas dan teratur Bersifat
sensitif, berfikiran mendalam Pandai mengambil hati orang lain Pendiam
kecuali telah dirangsang Agak pemalu Daya tumpuan yang sangat tinggi
Mudah mendisiplinkan diri sendiri Badannya sihat tetapi mudah diserang
selsema Bersikap romantik tetapi tidak pandai mempamerkannya Cukup
sayang pada kanak-kanak Suka duduk di rumah Setia pada segala-galanya
Perlu belajar kemahiran sosial Cukup cemburu yang sangat tinggi

FEBRUARI
Berfikiran abstrak Sukakan benda yang reality danabstrak Intelligent,
bijak dan genius Berpesonaliti yang mudah berubah Mudah menawan orang
lain. Agak pendiam, pemalu dan rendah diri Jujur dan setia pada segalanya
Keras hati untuk mencapai matlamat Tidak suka dikongkong Mudah
memberontak apabila dikongkong Suka kegiatan yang lasak Emosinya mudah
terluka dan sangat sensitif Mudah mempamerkan marahnya Tidak suka
benda yang remeh-temeh Suka berkawan tapi kurang mempamerkannya.
Sangat berani dan suka memberontak Bercita-cita tinggi dan suka berangan-
angan dan ada harapan untuk merealisasikan impiannya Pemerhatian yang
tajam. Suka hiburan dan sukan Suka benda yang bersifat seni Sangat
romantik pada dalaman tetapi tidak pada luaran Berkecenderungan pada
benda yang tahyul Amat mudah dan boleh menjadi terlalu boros Belajar
untuk mempamerkan emosi.


MAC
Berpesonaliti yang menarik dan menawan Mudah didampingi Sangat pemalu
dan pemendam rasa Sangat baik secara semulajadi, jujur, pemurah dan
mudah simpati Sangat sensitif pada perkataan yang dituturkan dan alam
persekitaran Suka pada kedamaian Sangat peka kepada orang lain Sesuai
dengan kerjaya yang memberi khidmat kepada orang lain Tidak cepat marah
dan sangat amanah Tahu balas budi dan tahu kenang budi Pemerhatian dan
penilaian yang sangat tajam Kecenderungan untuk berdendam jika tidak
dikawal Suka berangan-angan Suka melancong Sangat manja dan suka diberi
perhatian yang sangat tinggi Kelam kabut dalam memilih pasangan Suka dengan hiasan rumahtangga Punya bakat seni dalam bidang muzik Kecenderungan
kepada benda yang istimewa dan baik Jangan terlalu moody.


APRIL
Sangat aktif dan dinamik Cepat bertindak buat keputusan tetapi cepat
menyesal Sangat menarik dan pandai manjakan diri Punya daya mental yang
sangat kuat Suka diberi perhatian Sangat diplomatik (pandai memujuk ).
Berkawan dan pandai menyelesaikan masalah orang Sangat berani dan tiada
perasaan takut Suka adventure, pengasih, penyayang, sopan santun dan
pemurah Emosi cepat terusik Try control the emotion Kecenderungan
bersifat dendam Agresif, kelam kabut untuk membuat keputusan Kuat daya
ingatan Gerak hati yang sangat kuat Pandai mendorong diri sendiri dan
memotivasikan orang lain Berpenyakit di sekitar kepala dan dada Sangat
cemburu dan terlalu cemburu.

MEI
Kekerasan hati & degil Kuat semangat & bermotivasi tinggi Pemikiran yang
tajam Mudah marah apabila tidak dikawal Pandai menarik hati orang lain &
menarik perhatian Perasaan yang amat mendalam Cantik dari segi mental &
fizikal Tidak perlu dimotivasikan Tetap pendirian tetapi mudah
dipengaruhi oleh orang lain Mudah dipujuk Bersikap sistematik (otak
kiri) Suka berangan Kuat daya firasat memahami apa yang terlintas di
hati orang lain tanpa diberitahu Bahagian telinga & leher mudah diserang
penyakit Daya khayalan yang tinggi Permikiran yang tajam Pandai berdebat
Fizikal yang baik Kelemahan sistem pernafasan Suka sastera, seni & muzik
serta melancong Tidak berapa suka duduk di rumah Tidak boleh duduk diam
Tidak punya ramai anak Rajin dan bersemangat tinggi Agak boros.


JUN
Berfikiran jauh & berwawasan Mudah ditawan kerana sikap baik Berperangai
yanglemahlembutMudahberubahsikap,perangai,idea@
mood Idea yang terlalu banyak di kepala Bersikap sensitif Otaknya aktif
(sentiasa berfikir) Sukar melakukan sesuatu dengan segera Bersikap suka
menangguh-nangguh Bersikap terlalu memilih & mahukan yang terbaik Cepat
marah & cepat sejuk Suka bercakap & berdebat Suka buat lawak & bergurau
Otaknya cerdas berangan-angan Mudah berkawan & pandai berkawan Orang
yang sangat tertib Pandai mempamerkan sikap Mudah kecil hati Mudah kena
selsema Suka berkemas Cepat rasa bosan Sikap terlalu memilih & cerewet
Kurang mempamerkan perasaan Lambat nak sembuh apabila terluka hati
Suka kepada barang yang berjenama Mudah menjadi eksekutif, Kedegilan
yang tidak terkawal Sesiapa yang memuji saya adalah musuh saya tetapi
siapa menegur saya adalah kawan saya.


JULAI
Sangat seronok didamping Banyak berahsia dan sukar dimengerti
terutamanya lelaki Agak pendiam kecuali diransang Ada harga dan maruah
diri Tak suka menyusahkan orang lain tapi tidak marah apabila disusahkan
Mudah dipujuk dan bercakap lurus Sangat menjaga hati orang lain Sangat
peramah Emosi sangat mendalam tapi mudah terluka hatinya Berjiwa
sentimental Jarang berdendam Mudah memaafkan tapi sukar melupakan
Tidak suka benda remeh-temeh Membimbing cara fizikal dan mental Sangat
peka, caring dan mengasihi serta penyayang Layanan yang serupa dengan
semua orang Tinggi daya simpati Pemerhatian yang tajam Suka menilai
orang lain dengan pemerhatian Mudah dan rajin belajar Suka muhasabah diri
Suka mengenangkan peristiwa atau kawan lama Suka mendiamkan diri Suka
duduk di rumah Suka tunggu kawan tapi tak cari kawan Tak agresif kecuali
terpaksa Lemah dari segi kesihatan perut Mudah gemuk kawal tak kawal
diet Minta disayangi Mudah terluka hati tapi lambat pulih Terlalu mengambil
berat Rajin dalam membuat kerja


OGOS
Suka berlawak Mudah tertawan kepadanya Sopan santun dan caring
terhadap orang lain Berani dan tidak tahu takut Orangnya agak tegas &
bersikap kepimpinan Pandai pujuk orang lain Terlalu pemurah & bersikap ego
Nilai harga diri yang sangat tinggi Dahagakan pujian Semangat juang yang
luar biasa Cepat marah & mudah mengamuk Mudah marah apabila cakapnya
dilawan Sangat cemburu Daya pemerhatian yang tajam & teliti Cepat
berfikir Fikiran yang berdikari Suka memimpin & dipimpin Sifat suka
berangan Berbakat dalam seni lukis, hiburan & silat Sangat sensitif tapi tidak
mudah merajuk Cepat sembuh apabila ditimpa penyakit Belajar untuk relax
Sikap kelam kabut Romantik, pengasih & penyayang Suka mencari kawan.


SEPTEMBER
Sangat bersopan santun & bertolak ansur Sangat cermat, teliti & teratur
Suka menegur kesilapan orang lain & mengkritik Pendiam tapi pandai
bercakap Sikap sangat cool, sangat baik & mudah simpati Sangat perihatin
& terperinci, amanah, setia & jujur Kerja yang dilakukan sangat sempurna
Sangat sensitif yang tidak diketahui Orang yang banyak berfikir Daya
pentaakulan yang baik Otak bijak & mudah belajar Suka mencari maklumat

Kawal diri dari terlalu mengkritik Pandai mendorong diri sendiri Mudah
memahami orang lain (daya firasat yang tinggi) kerana banyak simpan
rahsia Suka sukan, hiburan & melancong Kurang menunjukkan perasaannya
Terluka hatinya sangat lama disimpan Terlalu memilih pasangan Sukakan
benda yang luas Bersistematik.


OKTOBER
Suka sembang Suka orang yang sayang padanya Suka ambil jalan tengah
Sangat menawan & sopan santun Kecantikan luar & dalam Tidak pandai
berbohong & berpura-pura Mudah rasa simpati, baik dan pentingkan kawan
Sentiasa berkawan Hatinya mudah terusik tetapi merajuknya tak lama Cepat
marah Macam pentingkan diri sendiri Tidak menolong orang kecuali diminta
Suka melihat dari perspektifnya sendiri Tidak suka terima pandangan
orang lain Emosi yang mudah terusik Suka berangan & pandai bercakap
Emosi yang kelam kabut Daya firasat yang sangat kuat (terutamanya
perempuan) Suka melancong, bidang sastera & seni Pengasih, penyayang &
lemah lembut Romantik dalam percintaan Mudah terusik hati & cemburu
Ambil berat tentang orang lain Suka kegiatan luar Orang yang adil Boros &
mudah dipengaruhi persekitaran Mudah patah semangat.

NOVEMBER
Banyak idea dalam perkara Sukar untuk dimengertikan atau difahami
sikapnya Berfikiran kehadapan Berfikiran unik dan bijak Penuh dengan
idea-idea baru yang luar biasa Pemikiran yang tajam Daya firasat yang
sangat halus dan tinggi Bagus untuk jadi doktor Cermat dan teliti
Personality dinamik Sifat yang berahsia, pandai mencungkil dan mencari
rahsia Banyak berfikir, kurang bercakap tetapi mesra Berani, pemurah
setia dan banyak kesabaran Terlalu degil dan keras hati apabila hendak.
Diusahakan sehingga berjaya Tak suka marah kecuali digugat Mudah ambil
berat terhadap orang lain Pandai muhasabah diri Cara berfikir lain dari
orang lain Otak yang sangat tajam Pandai mendorong diri sendiri Tidak
hargai pujian Kekuatan semangat dan daya juang yang sangat tinggi dan
apabila hendak sesuatu cuba sampai berjaya Badan yang "tough" (sasa)
Kasih sayang dan emosi yang sangat mendalam Romantik Tidak pasti dgn
hubungan kasih sayang Suka duduk di rumah Sangat rajin dan
berkemampuan tinggi Amanah, jujur, setia dan pandai berahsia Tidak berapa
Berjaya dalam mengawal emosi Bercita-cita tinggi Perangai tidak dapat
diramal dan mudah berubah-ubah.

DISEMBER
Sangat setia dan pemurah Bersifat patriotik Sangat aktif dalam permainan
dan pergaulan Sikap kurang sabar dan tergesa-gesa Bercita-cita tinggi
Suka menjadi orang yang berpengaruh dalam organisasi Seronok didampingi
Suka bercampur dengan orang Suka dipuji, diberi perhatian dan suka
dibelai Sangat jujur, amanah dan bertolak ansur Tidak pandai
berpura-pura Cepat marah Perangai yang berubah-ubah Tidak ego walaupun
harga diri yang sangat tinggi Benci pada kongkongan Suka berlawak Pandai
buat lawak dan berfikiran dengan logik.

- Yang Penting Percaya Pada Diri Sendiri –



Ciri-ciri Manusia Unggul

Manusia unggul adalah mereka yang memenuhi ciri-ciri individu Islam yang sebenarnya menurut kehendak Al-Quran dan as-Sunnah dalam seluruh aspek kehidupan. Bagi mewujudkan manusia unggul, seseorang itu hendaklah memiliki ciri-ciri keunggulan iaitu keimanan yang utuh, amal lbadat yang meliputi lbadat khususiah dan fardhu kifayah dan akhlak mulia yang merupakan cermin keimanan dan amal salih.


1. Keimanan Yang Utuh

Keimanan kepada Allah swt adalah paksi pembinaan negara dan ummah. Dengan keimanan itu akan lahirlah individu yang unggul dan masyarakat yang berbudi luhur, berdisiplin dan beramanah demi kebaikan dania dan akhirat. Allah swt berfirman dalam surah al-Asr:

“Demi masa sesungguhnya manusia itu berada dalam kerugian kecuali orang yang beriman dan beramal salih yang berpesan dengan kebenaran dan berpesan dengan kesabaran”:( Surah al-Asr : 1-3)

Dalam ayat ini Allah swt menjelaskan bahawa manusia yang beruntung ialah mereka yang beriman dan beramal salih.

Beriman kepada Allah adalah proses peralihan jiwa manuisa daripada menganggap dirinya bebas daripada sebarang kuasa dan ikatan serta tanggungjawab kepada ketundukan mengaku tanpa syarat bahawa tiada Tuhan melainkan Allah dan Muhammad itu Rasulullah.

Iman merangkumi tiga unsur utama, pengetahuan yang mendalam, kepercayaan yang jitu dan keyakinan yang teguh. Ketiga-tiga unsur ini akan membentuk iman yang kukuh yang menjadi tonggak kekuatan ruhaniyah yang cukup kental untuk membina jiwa dan jasmani manusia. Keteguhan iman juga merupakan penghalang daripada melakukan kejahatan dan maksiat.

2. Pelaksanaan Amal lbadat

Keimanan tanpa ketaatan melalui amal lbadat adalah sia-sia. Seseorang yang berperibadi unggul akan tergambar jelas keimanannya melalui amal perbuatan dalam kehidupan sehariannya. Bahkan jika dikaji tujuan Allah menjadikan manusia itu sendiri ialah supaya beribadat kepada-Nya. Firman Allah swt :

“Tidak Aku ciptakan jin dan manusia itu melainkan untuk beribadat”: ( Surah az-Zariat : 56)

lbadat adalah bukti ketundukan seseorang hamba setelah mengaku beriman kepada Tuhannya. lbadat yang dimaksudkan di sini termasuklah lbadat khususiah yang menyentuh fardhu ain dan juga fardhu kifayah yang merangkumi hubungan manusia sesama manusia.

Justeru itu, bagi individu yang berperibadi unggul, seluruh hidupnya baik hubungannya dengan Pencipta ataupun masyarakat adalah dianggap ibadat. Allah swt berfirman:

“Sesungguhnya beruntunglah orang-orang yang beriman iaitu orang yang khusyu' dalam sembahyangnya, orang yang menjauhkan dirinya (dari perbuatan) yang tidak berguna, orang yang menunaikan zakat dan orang yang menjaga kehormatannya kecuali terhadap isteri-isterinya atau hamba yang mereka miliki, maka sesungguhnya mereka dalam hal ini tiada tercela”. ( Surah al-Mukminun : 1-6 )

3. Akhlak Mulia

Akhlak mulia bagi peribadi unggul adalah hasil keimanan yang kental. Ini disebabkan tali ikatan yang menjalinkan hubungan antara individu dengan masyarakat terbentuk melalui nilai-nilai dan disiplin yang diamalkan oleh anggota masyarakat tersebut.

Sekiranya nilai yang diamalkan itu positif maka akan lahirlah sebuah masyarakat yang aman, damai, harmoni dan diselubungi roh Islam. Rasulullah s.a.w adalah contoh utama pembentukan akhlak. Dalam sebuah hadith, baginda s.a.w bersabda:

“Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak Yang mulia”( Riwayat Ahmad )

Beberapa nilai yang baik dalam akhlak Islam yang menjadi tonggak amalan bagi melahirkan individu unggul ialah:

a) Amanah
Amanah adalah sifat mulia yang mesti diamalkan oleh setiap orang. la adalah asas ketahanan umat, kestabilan negara, kekuasaan, kehormatan dan roh kepada keadilan. Firman Allah swt:

“Maka tunaikanlah oleh orang yang diamanahkan itu akan umanahnya dan bertaqwalah kepada Allah, Tuhannya”. ( Surah al-Baqarah : 283 )

b) Ikhlas
Ikhlas adalah inti setiap ibadah dan perbuatan. Firman Allah swt:

“Padahal mereka tidak diperintahkan melainkan supaya menyembah Allah dengan mengikhlaskan ibadat kepada-Nya”:(Surah al-Bayyinah: 5)

Ikhlas akan menghasilkan kemenangan dan kejayaan. Masyarakat yang mengamalkan sifat ikhlas akan mencapai kebaikan dunia dan akhirat, bersih daripada sifat kerendahan dan mencapai perpaduan, persaudaraan, perdamaian dan kesejahteraan. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

"Bahagialah dengan limpahan kebaikan bagi orang-orang yang bila dihadiri (berada dalam kumpulan) tidak dikenali, tetapi apabila tidak hadir tidak pula kehilangan. Mereka itulah pelita hidayat. Tersisih daripada mereka segala fitnah dan angkara orang yang zalim ".( Riwayat Imam al-Baihaqi )

c) Tekun
Islam menggalakkan umatnya supaya tekun apabila melakukan sesuatu pekerjaan sehingga selesai dan berjaya. Sabda Rasulullah s.a.w.

"Sesungguhnya Allah swt menyukai apabila seseorang kamu bekerja dia melakukan dengan tekun ". ( Riwayat Abu daud )

Sifat tekun akan meningkatkan produktiviti ummah, melahirkan suasana kerja yang aman dan member) kesan yang baik kepada masyarakat.

d) Berdisiplin

Berdisiplin dalam menjalankan sesuatu kerja akan dapat menghasilkan mutu kerja yang cemerlang. Hasrat negara untuk maju dan cemerlang akan dapat dicapai dengan lebih cepat lagi.

Dengan berdisiplin seseorang itu akan dapat menguatkan pegangannya terhadap ajaran agama dan menghasilkan mutu kerja yang cemerlang.

e) Bersyukur

Bersyukur dalam konteks peribadi unggul berlaku dalam dua keadaan: pertama; sebagai tanda kerendahan hati terhadap segala nikmat yang diberikan oleh Pencipta sama ada sedikit atau banyak, kedua; bersyukur sesama makhluk sebagai ketetapan daripada Allah swt supaya kebajikan sentiasa dibalas dengan kebajikan. Allah swt berfirman:

"Demi sesungguhnya jika kamu bersyukur maka Aku akan tambahkan nikmat-Ku kepada kamu dan sekiranya kamu kufur, sesungguhnya azab-Ku amatlah keras ". ( Surah Ibrahim : 7 )

f) Sabar

Di dalam menghadapi cabaran hidup, kesabaran amat penting untuk membentuk peribadi unggul seperti yang dikehendaki Allah swt Firman Allah swt :

“Wahai arang-orang yang beriman, bersabarlah kamu (menghadapi segala kesukaran dalam mengerjakan perkara perkara kebajikan) dan kuatkanlah kesabaran kamu (lebih daripada kesabaran musuh di medan perjuangan) dan bersedialah (dengan kekuatan pertahanan di daerah-daerah sempadan) serta bertaqwalah kamu kepada Allah supaya kamu berjaya”: (Surah All Imran : 200)

g) Adil

Adil bermaksud meletakkan sesuatu pada tempatnya. Para ulama membahagikan adil kepada beberapa peringkat iaitu adil terhadap diri sendiri, orang bawahan, pemimpin atasan dan juga sesama saudara. Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud;

“Tiga perkara yang menyelamatkan iaitu takut kepada Allah ketika bersendirian dan di khalayak ramai, berlaku adil pada ketika suka dan marah dan berjimat cermat ketika susah dan senang; dan tiga perkara yang membinasakan iaitu mengikut hawa nafsu terlampau bakhil dan kagum seseorang dengan dirinya sendiri”. (Riwayat Abu Syeikh)


Kesan Manusia Beruntung Dalam Kehidupan

Seorang manusia yang memiliki sifat-sifat unggul adalah sangat beruntung kerana ia mampu mengemudi hidupnya dengan sempurna. Kondisi ini membuatkan ia dapat berperanan dengan baik kepada dirinya dan alam sekeliling.

Kesan Kepada Diri Sendiri

Manusia unggul akan berjaya melaksanakan amanah dan tanggungjawab dengan sebaik-baiknya dan sentiasa dapat memenuhi tuntutan-tuntutan rohani dan jasmaninya dengan terkawal. Aspek-aspek rohani dan jasmani manuisa yang terdiri daripada empat perkara asas iaitu akal fikiran, roh, jasad dan syahwat akan dapat dididik dan dipandu berdasarkan fitrah sebenar berdasarkan fungsi kejadian manusia itu sendiri sebagai makhluk istimewa dan khalifah Allah yang diamanahkan untuk memakmurkan bumi ini.

Akal fikiran yang diciptakan Allah swt merupakan mahkota berharga yang menampilkan imej manusia. la berkeupayaan menerima ilmu, berfikir, membezakan yang baik dan buruk, boleh diajar dan dididik serta boleh menyampaikannya kepada orang lain. Melalui akal, seseorang itu mendapat hidayah dan petunjuk Allah swt menerusi pemerhatian dan penghayatan terhadap kejadian-kejadian alam dan aiaran-ajaran yang disampaikan oleh orang lain.

Al-Quran menggesa manusia supaya menggunakan akal fikiran, memerhati dan mengkaji kejadian-kejadian alam ini. Pemerhatian dan pengkajian ini mempunyai faedah yang sangat besar iaitu memenuhi dan mempertingkatkan kemajuan hidup yang kemudiannnya akan menemui hakikat kebesaran Allah swt sebagai Pencipta yang Maha Agung. Dengan itu la selaku makhluk yang mempunyai daya akal dan keupayaan akan tunduk patuh kepada kekuasaan Allah swt dengan penuh kesedaran dan akan melaksanakan kehidupan ini dalam situasi yang betul dan menuju keredhaan Allah swt.

Roh dan nyawa adalah komponen utama manusia. Adalah terlalu sulit untuk diperkatakan kerana ia sebenarnya urusan Allah swt Walaupun demikian ia amat mustahak kerana dengannya manusia boleh hidup, bernafas, mendenyutkan nadi, rnemberikan dorongan dan kekuatan perasaan.

Satu lagi komponen manusia ialah jasad yang merangkumi kulit, daging, otot, urat, darah, tulang, anggota pancaindera dan lain-lain. Masing-masing mempunyai fungsi tersendiri dan meyempurnakan antara satu sama lain iaitu sesuai dengan kejadian manusia yang dijadikan Allah swt sebagai sebaik-balk kejadian. Seseorang yang terdidik dengan nilai-nilai unggul, jasadnya akan bergerak di atas panduan yang betul. Dia akan menggunakan kudratnya melakukan kerja-kerja yang balk, rehat dan tidur dengan seimbangnya, memakan makanan yang bersih dan halal, menjaga kesihatan diri, mengguna dan memelihara pancaindera dari sebarang kemudharatan, dosa dan sebagainya. lni sesuai dengan firman Allah swt:

“ ... dan janganlah kamu sengaja mencampakkan diri ke dalam bahaya kebinasaan” (Surah al-Baqarah : 195 )

Jelasnya jasad perlu dijaga supaya tidak terdedah kepada kebinasaan, penyakit dan sebarang kecacatan kerana kesempurnaan jasad turut membantu keunggulan hidup seseorang.

Unsur seterusnya yang dikurniakan kepada manusia ialah nafsu syahwat. Imam al-Ghazali pernah mengumpamakan nafsu sebagai binatang liar, bermakna ia sesuatu yang sukar dikawal. Sekiranya nafsu dapat dididik dan dikawal, la akan menjadi jinak dan tunduk menurut segala kemahuan diri manusia. Tetapi sekiranya la tidak dididik dan dikawal, dengan mudah la menjadi raja kepada diri seseorang untuk melakukan apa sahaja kemahuan yang lebih cenderung kepada keburukan. Firman Allah swt;

“Sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu itu)”. ( Surah Yusuf ; 53 )

Bagi menenuhi keinginan syahwat ini, Islam membenarkan perkahwinan. Dengan demikian umat manusia akan membiak dan berkembang dengan cara yang betul di samping sebagai salah satu pengecapan kurniaan nikmat Allah swt dalam hidup berkeluarga.

Jelasnya, kejayaan atau kegagalan seseorang itu melaksanakan tanggungjawab, khususnya kepada diri sendiri adalah bergantung kepada berjaya atau gagalnya la memenuhi tuntutan keempat-empat perkara tersebut. Aspek-aspek ini adalah asas pembangunan keluarga, masyarakat dan negara.

Kesan Kepada Keluarga

Seseorang insan yang unggul akan mudah mengatur urusan hidup keluarganya. la dapat merencanakan soal-soal penddikan, saraan, pergaulan dan pembangunan keluarganya dengan tarbiah Islamiah. la dapat menjalankan tugasnya sebagai ra'i atau ketua keluarga dan dalam masa yang sama sebagai abid atau hamba Allah yang sentiasa menjaga hubungannnya dengan Allah swt.

Dalam sesebuah keluarga, aspek-aspek kesihatan fizikal adalah sangat perlu. Ini kerana kesejahteraan pemikiran dan kerohanian seseorang bergantung rapat kepada kesejahteraan fizikal. Seseorang mukmin yang kuat adalah lebih baik daripada yang lemah. Minda yang sihat akan lahir dari tubuh badan yang sihat. Oleh itu, tarbiah jasmaniah seperti yang dituntut oleh syarak perlulah dilaksanakan dalam keadaan yang teratur. Umpamanya dalam pemilihan makanan mestilah yang bersih, balk dan dari sumber yang halal. Amalan buruk yang boleh memudaratkan badan seperti merokok, meminum minuman keras, menyalahgunakan dadah dan sebagainya, hendaklah dijauhi. Sekiranya ketentuan in] tidak dipatuhi, kesihatan jasmani akan teriejas dan boleh memberi kesan buruk kepada mental, fizikal dan spiritual.

Pendidikan rohani pula adalah aspek yang penting. la merangkumi keimanan, pengamalan syariat, pelaksanaan tanggungjawab sebagai seorang muslim serta pembangunan mental dan spiritual. Seorang ketua keluarga bertanggungjawab membentuk dan mendidik keiuarganya mengamalkan tuntutan-tuntutan yang dikehendaki oleh Islam. Dalam masa yang sama menjauhi perkara-perkara yang haram dan makruh. la juga mestilah memastikan ketulenan akidah keluarganya dan membersihkannya dari sebarang bentuk kekufuran dan kesyirikan serta mengikis jiwa dari kekotoran dan penyakit rnelalui amalan dan latihan yang mantap serta berterusan. Firrnan Allah swt:

“Sesungguhnya berjayalah orang yang ( setelah menerima peringatan itu) berusaha membersihkan dirinya (dengan taat dan amal soleh) dan menvebut-nyebut dengan lidah dan hatinya akan nama Tuhannya serta mengerjakan sembahyang ( dengan khusyuk)”:( Surah al-A' la : 14-15 )


Seperti yang telah dinyatakan akal fikiran sangat berharga bagi manuisa. Islam juga menuntut umatnya supaya menggunakan akal fikiran dengan betul. Islam menyuruh manusia supaya menuntut ilmu yang bermanfaat dan ilmu itu pula hendaklah disebarkan melalui proses pengajaran dan pengembangan.

Seiring dengan kekuatan pemikiran, pendidikan akhlak adalah amat mustahak. Seseorang ketua yang unggul adalah model yang berkesan dalarn pendidikan akhlak kehiarganya. la perlu membimbing ahli keluarganya dengan akhlak Islamiah berdasarkan ilmu dan pengalaman yang ada padanya. Kegagalan sesetengah keluarga untuk mengamalkan akhlak islamiah kebanyakannya berpunca daripada kegagalan ketua keluarga atau ibu bapa masing-masing yang tidak mengamalkan nilai-nilai murni seperti yang ditetapkan oleh Islam. Sebab itulah ibu bapa perlu membentuk keunggulan diri mereka terlebih dahulu sebelum amalan itu dapat diperturunkan kepada anak-anak mereka.

Seorang ketua keluarga juga dapat mengatur soal kehidupan ekonomi dan sosial keluarganya berpandukan nilai-nilai yang balk, la akan mempunyai rasa tanggungjawab untuk mempertingkatkan taraf hidup keluarganya dengan mengamalkan sikap bersungguh-sungguh dalam kerjaya. la berkeyakinan bahawa kesungguhan bekerja adalah suruhan agama yang perlu ditunaikan. Dengan demikian la akan membawa keluarganya keluar dari ruang lingkup kemiskinan yang menjadi salah satu musuh Islam yang boleh membawa kepada kekufuran seperti sabda Rasulullah s.a.w:

“Hampir-hampir kefakiran itu membawa kepada kekufuran”. (Riwayat Abu Naim )

Kesan Kepada Masyarakat, Negara Dan Ummah

Seseorang insan yang unggul akan memastikan hubungan kemasyarakatan dan keluarganya berada dalam satu ikatan yang jitu. Prinsip-prinsip hubungan kejiranan dan masyarakat di sekitarnya akan diasaskan kepada panduan-panduan yang digariskan oleh Islam. Firman Allah swt:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian kepada tali Allah (agama Islam) dan janganlah kamu bercerai berai…” ( Surah All Imran : 103 )

“Dan hendaklah kamu beribadat kepada Allah dan janganlah kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatu apa jua dan hendaklah kamu berbuat baik kepada kedua-dua ibu bapa, kaum kerabat, anak-anak yatim, orang-orang miskin, jiran tetangga yang dekat, jiran tetangga yang jauh, rakan sejawat, orang musafir yang terlantar dan juga hamba sahaya yang kamu miliki” : ( Surah an-Nisa' : 36 )

Sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud:

“Hubungan orang mukmin dengan orang mukmin yang lain adatah seperti sebuah bangunan yang menguatkan antara satu sama lain”. (Riwayat at-Tabarani).

Setiap kelompok masyarakat perlu memberi perhatian berat kepada bidang pendidikan. Insan yang beruntung dalam sesebuah masyarakat akan memudahkan usaha dan perancangan untuk meningkatkan kualiti masyarakat melalui aktiviti pendidikan, pengajian dan muamalat.

Penghayatan agama juga sangat mustahak. Merekalah yang akan mengembangkan penghayatan ajaran Islam melalui aktiviti-aktiviti yang berfaedah melalui cara-cara yang formal atau tidak formal. Susasana ini bukan sahaja dapat melahirkan masyarakat yang harmoni dan berdisiplin, tetapi juga akan menampakkan masyarakat yang mempunyai imej yang tinggi serta mendapat keberkatan daripada Allah swt.

Seperti yang diketahui, keterampilan seseorang individu atau masyarakat dengan ilmu agama semata-mata tanpa ilmu duniawi adalah sesuatu yang tidak sempurna. Dalam erti kata lain, seseorang muslim perlu mendapatkan pengetahuan yang luas dan kemahiran yang tinggi dalam ilmu selain ilmu agama yang menjadi keperluan asasi. la meliputi ilmu ekonomi, politik dan sosial yang perlu diketahui sebagai alat untuk meletakkan diri masing-masing dalam arus perdana kehidupan bermasyarakat dan beragama. Dengan sebab itu bidang ekonomi, politik dan sosial mesti diketahui dan diceburi secara bersungguh-sungguh sekurang-kurangnya pada tahap yang paling asas. Bidang-bidang ini merupakan urusan hidup yang menjadi sebahagian penting yang dikehendaki oleh ajaran Islam seperti yang dijelaskan dalam firman Allah swt:

“Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan oleh Allah kepadamu (pahala dan kebahagiaan) hari akhirat dan jangan lah engkau melupakan bahagianmu (keperluan dan bekatanmu ) dari dunia”: ( Surah al-Qasas : 77 )

Selain bidang sosial dan ekonomi, bidang politik juga menjadi perkara yang penting dalam sesebuah masyarakat. Kestabilan politik sesebuah negara adalah berpunca daripada keunggulan dan kekuatan yang ada pada diri setiap individu, yang kemudiannya membentuk satu ikatan warga negara yang kukuh.

Apabila sesebuah masyarakat itu kukuh, akan lahir pula tokoh-tokoh berwibawa yang boleh diharap menjadi pemimpin bagi setiap kelompok masyarakat. Pemimpin ini pula perlu mempunyai ilmu, kemahiran dan sifat-sifat unggul sebagai pemimpin. Dia perlu diberi kepercayaan dan sokongan supaya masyarakat dan negara dapat dibawa kepada pencapaian matlamat kemakmuran hidup dan keredhaan Allah swt seperti yang dapat difahami daripada kisah negeri Saba' ( Yaman Tua ) yang diceritakan di dalam al-Quran :

“Demi sesungguhnya, adalah bagi penduduk negeri Saba' satu tanda (yang membuktikan kemurahan Allah) yang terdapat di tempat tinggal mereka, iaitu dua kumpulan kebun (yang luas lagi subur) yang terletak di sebelah kanan dan di sebelah kiri (kampung mereka). (Lalu dikatakan kepada mereka) : “Makanlah dari rezeki pemberian Tuhan kamu dan bersyukurlah kepada-Nya, (negeri karnu ini adalah) negeri yang baik (aman dan makmur) dan (Tuhan kamu adalah) Tuhan yang Amat Pengampun” : ( Surah Saba' : I5 ).

Dalam konteks kepentingan sejagat pula seseorang insan yang unggul akan mampu memimpin ummah di peringkat yang lebih luas. Kejayaan memimpin negara akan diikuti oleh negara lain sebagai model. Pemimpin yang berwibawa di arena antarabangsa ini diperintahkan oleh Islam supaya memberikan sumbangan untuk kesejahteraan ummah. Dengan itu tercapailah fungsi manusia sebagai khalifah Allah swt di atas muka bumi ini.

Penutup

Demikianlah antara kesan-kesan yang dapat dilahirkan oleh insan yang unggul dalam kehidupannya sama ada kepada diri, keluarga, masyarakat, negara dan ummah hasil daripada pegangan dan amalan terhadap nilai-nilai unggul seperti yang telah dinyatakan.

Manusia: Tujuan dan Matlamat Penciptaannya

Setiap manusia mempunyai tujuan dan matlamat selama hidup di dunia ini. Mereka yang tidak mempunyai matlamat hidup pasti akan terumbang-ambing dan hanyut dibawa arus dunia. Namun, tidak semua manusia yang mempunyai matlamat hidup di dunia ini hidup dalam keadaan tenang.Justeru,timbul satu persoalan ..Siapakah dalam dunia fana ini yang hidup dengan jiwa yang tenang?

Dalam al-Quran, Allah telah menyatakan beberapa golongan manusia yang mempunyai tumpuan tertentu dalam kehidupan mereka. Ada segolongan manusia yang dinyatakan dalam al-Quran yang tumpuan hidup mereka hanyalah makan dan berseronok. Allah berfirman:


Dan (sebaliknya) orang-orang kafir menikmati kesenangan di dunia serta mereka makan minum sebagaimana binatang-binatang ternak makan minum, sedang nerakalah menjadi tempat tinggal mereka. (Muhammad: 12)

Al-Quran juga ada menjelaskan tentang sekumpulan manusia yang matlamat mereka hanyalah hiasan dan kesenangan hidup yang fana. Allah berfirman:


Dihiaskan(dan dijadikan indah) kepada manusia: kesukaan kepada benda-benda yang diingini nafsu, iaitu perempuan-perempuan dan anak-pinak, harta benda yang banyak bertimbun-timbun dari emas dan perak, kuda peliharaan yang bertanda lagi terlatih, dan binatang-binatang ternak serta kebun-kebun tanaman. Semuanya itu ialah kesenangan hidup di dunia. Dan (ingatlah) pada sisi Allah ada tempat kembali yang sebaik-baiknya (iaitu syurga). (Aali-Imran: 14)


Al-Quran juga menjelaskan tentang sekumpulan manusia yang menjadikan hidup mereka hanya untuk mewujudkan huru-hara, membuat kerosakan dan mencetus suasana yang tidak selamat dan tidak aman. Mereka ini disebutkan oleh Allah dalam firmanNya:


Dan di antara manusia ada orang yang tutur katanya mengenai hal kehidupan dunia, menyebabkan engkau tertarik hati (mendengarnya), dan dia (bersumpah dengan mengatakan bahawa) Allah menjadi saksi atas apa yang ada dalam hatinya, padahal dia adalah orang yang amat keras permusuhannya (kepadamu). Kemudian apabila dia pergi (dengan mendapatkan hajatnya), berusahalah dia dibumi, untuk melakukan bencana padanya, dan membinasakan tanaman-tanaman dan keturunan (binatang ternak dan manusia), sedang Allah tidak suka kepada bencana kerosakan. (al-Baqarah: 204 – 205)

Cuba kita semak diri kita, adakah kita mempunyai agenda dan matlamat hidup seperti yang dinyatakan dalam ayat-ayat al-Quran di atas. Adakah kita termasuk dalam salah satu golongan di atas, atau kita memiliki semua cirri-ciri di atas?

Kita perlu sedar tentang hakikat penciptaan manusia ini bukan sesuatu yang sia-sia. Allah mempunyai agenda dalam mencipta manusia dan kita perlu menyedari akan objektif tersebut. Firman Allah taala dalam surah ad-Dzariayat ayat 56:


Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepadaKu. (ad-Dzariyat: 56)

Tujuan utama Allah menciptakan manusia adalah supaya manusia menjadi abdi kepadaNya, dengan melaksanakan semua suruhanNya dan meninggalkan laranganNya. Oleh itu, seseorang yang dipandang oleh Allah dengan pangkat “Hamba” adalah mulia di sisiNya.

Selain itu, Allah juga menjadikan manusia sebagai khalifah di bumi. Firman Allah:


Dan (ingatlah) ketika Tuhanmu berfirman kepada para malaikat “Aku hendak menjadikan khalifah di bumi.” … (al-Baqarah: 30)

Dalam ayat ini, ternyata Allah telah memberikan manusia suatu kedudukan yang tinggi dengan memilih manusia sebagai khalifah, jawatan yang tidak diterima oleh makhluk lain. Namun jawatan penting ini merupakan amanah dan tanggungjawab yang perlu dipikul bukan sebagai pangkat atau kedudukan yang perlu dibangga-banggakan.

Oleh yang demikian, dalam menjalankan amanah ini, peranan manusia perlu selari dengan arahan Allah seperti firmanNya:


Dan hendaklah di antara kamu ada segolongan orang yang menyeru kepada kebajikan, menyuruh (dalam berbuat) yang ma’ruf, dan mencegah dari yang mungkar. Dan mereka itulah orang-orang yang beruntung. (Aali- Imran: 104)

Allah menyatakan bahawa manusia beroleh keuntungan (di dunia dan akhirat) dengan melaksanakan tugasan tersebut. Pelaksanaan suruhan amar ma’ruf dan nahi mungkar hanya dapat dilaksanakan dengan efektif dengan adanya kuasa. Kekuasaan yang ada pada manusia ini perlu disalurkan dengan cara yang betul dan adil.

Bukan menggunakan kekuasaan untuk mendapat makanan yang mahal dan lazat serta berseronok seperti golongan pertama. Bukan juga menggunakan kuasa untuk memuaskan nafsu dengan segala bentuk kebendaan samada wanita, harta benda, pangkat dan sebagainya sebagaimana golongan kedua. Dan sepatutnya jauh sekali menggunakan kuasa untuk membuat kerosakan di bumi seperti golongan ketiga. Tanpa kekuasaan, kebenaran mungkin dilihat sesuatu yang dusta. Oleh itu, kekuasaan (yang adil) adalah perlu dalam memelihara kebenaran.

Marilah kita sama-sama menyemak di manakah kedudukan kita sekarang ini. Marilah kita bersama-sama memahami tujuan kehidupan ini. Menjadi hambaNya yang patuh dan taat. Menjadi khalifah yang amanah dan jujur. Semoga kita beroleh ketengan jiwa.


Wahai jiwa yang tenang! Kembalilah kepada Tuhanmu dengan hati yang redha dan diredhaiNya. (al-Fajr: 27 – 28)