Selasa, 6 Oktober 2009

Keistimewaan Manusia

SESUNGGUHNYA Allah menghamparkan apa yang ada di langit dan bumi untuk dimanfaatkan manusia. Perhatikan bagaimana matahari bersinar memberi kehidupan di bumi, bintang berkelip menjadi tanda perhitungan dan bulan bersinar menentukan waktu.

Semua itu manfaatnya untuk manusia. Allah menjadikan bumi begitu mudah bagi dijadikan tempat tinggal. Allah yang menakluki lautan sehingga di atasnya dapat belayar bahtera dan dari dalamnya diperoleh hasil makanan. Begitulah Allah memanjakan manusia di bumi ini.

Perhatikan fenomena alam. Lihatlah tanah sebagai benda mati mengabdikan diri pada tumbuhan sehingga ia dapat tumbuh dengan subur. Tumbuhan mengabdikan diri pada haiwan sehingga haiwan mendapat makanan yang tidak pernah berkurangan.

Tanaman bersama haiwan mengabdikan diri kepada manusia sehingga manusia dapat memperoleh makanan dengan mudah. Itulah rantai makanan yang hakikatnya rangkaian pengabdian. Persoalan berikutnya adalah kepada siapa pula manusia perlu mengabdikan diri?

Ingatlah, susunan pengabdian berlaku secara berangkai, iaitu daripada susunan paling bawah ke susunan paling atas. Tanah adalah benda mati yang mengabdikan diri kepada tanaman, tanaman mengabdikan diri kepada haiwan serta tanaman dan haiwan mengabdikan diri kepada manusia.

Manusia sebagai makhluk begitu tinggi kedudukannya hanya dapat mengabdikan diri kepada Allah, Tuhan semesta alam. Mengetahui dan menyembah Allah adalah mengakui penciptaan manusia. Apabila ada yang tidak mengenal Allah dan mengabadikan jalannya sehingga dalam kehidupannya dia berjalan sesuka hatinya, sesungguhnya dia bukanlah manusia.

Manusia tidak hanya istimewa dibandingkan haiwan, tumbuhan dan makhluk lain. Manusia diberi keistimewaan oleh Allah lebih daripada jin dan syaitan, bahkan para malaikat pun diperintahkan oleh Allah sujud sebagai tanda penghormatan kepada manusia.

Memang benar secara saintifiknya manusia dijadikan daripada unsur tanah yang apabila diuraikan satu persatu tidak ada nilainya. Apatah lagi selepas kematian datang, manusia menjadi tanah semasa tulang belulang dan seluruh anggota tubuhnya diurai oleh bakteria. Pada jasad yang lemah itu Allah meniupkan rohnya sehingga menjelma menjadi makhluk yang mulia.

Kemuliaan ini menyebabkan malaikat diperintahkan Allah bagi menghormati manusia dengan cara bersujud. Dengan kemuliaannya itu manusia dijadikan oleh Allah sebagai khalifah iaitu pemikul amanah di muka bumi ini.

Allah menjelaskan dalam firman yang bermaksud, “(Ingatlah) semasa Tuhanmu menjelaskan kepada malaikat, “Sesungguhnya aku akan menciptakan manusia daripada tanah. Apabila aku sempurnakan kejadiannya dan aku tiupkan kepadanya roh (ciptaan)ku, hendaklah kamu tersungkur dengan bersujud kepadanya.” (Surah Sad, ayat 71-72).

INFO: Keistimewaan kejadian manusia

Manusia diberi keistimewaan Allah lebih daripada jin dan syaitan, bahkan para malaikat pun diperintahkan oleh Allah sujud sebagai tanda penghormatan kepada manusia.

Tanaman bersama haiwan mengabdikan diri kepada manusia sehingga manusia dapat memperoleh makanan dengan mudah.

Manusia dijadikan oleh Allah sebagai khalifah iaitu pemikul amanah di muka bumi.

36 ulasan:

  1. 在莫非定律中有項笨蛋定律:「一個組織中的笨蛋,恆大於等於三分之二。」 ..................................................

    BalasPadam
  2. thank you for you to make me learn more,thank you∩0∩ ........................................

    BalasPadam
  3. 過去的事早已消失,未來的更是渺不可知,只有現在是真實的。........................................

    BalasPadam
  4. 「不可能」這個字詞,在聰明人的字典中是找不到的。........................................

    BalasPadam
  5. 婚姻對男人來說是賭他的自由,對女人而言卻是賭她的幸福。............................................................

    BalasPadam
  6. 人不能像動物一樣活著,而應該追求知識和美德..................................................

    BalasPadam
  7. 安安唷~~幸運的日子送給妳(你)滿滿的幸福,也祝福你天天都開心唷..................................................................

    BalasPadam
  8. 一個人就像一個分數,他的實際才能是分子,他對自己的評價是分母。分母越大,則分數的價值越小。..................................................

    BalasPadam
  9. 海鷗要高飛,必先遠退。花蜜要香醇,必先久釀。............................................................

    BalasPadam
  10. 人生之中,比冒險更危險的一件事:不去冒險。..................................................

    BalasPadam
  11. You may be only one person in the world, but you may also be the world to one person.............................................................

    BalasPadam
  12. 文章是唯一不死的東西,時間飛逝,文字記述的心情就是一種傳承!............................................................

    BalasPadam
  13. 生存乃是不斷地在內心與靈魂交戰;寫作是坐著審判自己。..................................................

    BalasPadam
  14. 卡爾.桑得柏:「除非先有夢,否則一切皆不成。」共勉!.. ...............................................................

    BalasPadam